Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hampir tidak kelihatan kerana jerebu ketika dirakamkan di Bayan Lepas. Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


KAWASAN Balik Pulau, Pulau Pinang mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi berbanding 65 kawasan lain di seluruh negara yang merekodkan bacaan sederhana sehingga jam 5 petang ini.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan menerusi laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara

Malaysia (APIMS), Balik Pulai merekodkan IPU 87 diikuti 82 di Johan Setia, Klang dan Kota Bharu, Kelantan.

Kawasan lain pula kebanyakannya mencatatkan bacaan IPU antara 53 hingga 81.

Dua kawasan pula berada pada paras baik iaitu Tawau, Sabah dan Limbang, Sarawak dengan bacaan IPU 49 serta 46.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 300 ke atas berbahaya.

Sementara itu, mengikut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang akan mengalami jerebu esok.

Orang ramai boleh melayari http://apims. doe.gov.my untuk mengetahui maklumat IPU semasa yang dikemas

kini setiap jam.

Maklumat cuaca terkini turut dipaparkan menerusi laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca dan media

sosial MetMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 6:18 PM