Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


SEBUAH helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth sedang melakukan penerbangan yang membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk misi ulang bekal.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mereka diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem terbabit.

“TUDM sudah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 5:17 PM
Helikopter TUDM melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik hari ini. FOTO Ihsan TUDM