FOTO hiasan
Garret Dawum
garret@hmetro.com.my


KELAHIRAN seorang bayi membongkar perbuatan jijik seorang remaja terhadap wanita orang kurang upaya (OKU) di Kampung Jenan, Serian.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis, semalam, selepas anaknya berusia 24 tahun yang juga mempunyai masalah pembelajaran selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Umum Sarawak (HUS), Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek berusia 17 tahun adalah jiran mangsa dan dipercayai bertindak merogolnya ketika ketiadaan ibu mangsa di rumah.

“Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai sudah melarikan diri ketika ibu mangsa membuat laporan polis.

“Mangsa pula masih dirawat di HUS,” katanya.

Aswandy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 5:08 PM