GAMBAR hiasan
Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


REMAJA perempuan berdepan detik hitam apabila dirogol kekasihnya di dalam kereta di Marang Jumaat lalu.

Bukan itu saja, dua rakan kekasihnya turut bertindak merakam video mangsa berusia 14 tahun tanpa pakaian sebelum mengugut menyebarkan rakaman itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian teman lelaki mangsa mengajak remaja itu melepak di Pantai Batu Buruk sebelum mangsa bersetuju dan mengikutnya pada 8 malam Khamis lalu.

Katanya, beberapa jam kemudian, mangsa meminta teman lelakinya menghantar pulang ke rumah tetapi dihalang dengan alasan sudah lewat malam sebelum dia dibawa ke suatu tempat dengan diekori dua rakan lelaki itu.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa dipaksa masuk ke sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan namun dia enggan sebelum ditolak masuk.

“Ketika berada di dalam kereta, lelaki itu memaksa mangsa membuka pakaiannya dengan salah seorang daripadanya memegang tangan mangsa,” katanya.

Sumber berkata, difahamkan, sebelum merogol mangsa, lelaki itu secara bergilir-gilir dengan dua lagi rakannya merakam video mangsa yang tidak berpakaian.

Katanya, mangsa pada awalnya hanya mendiamkan diri kerana takut namun membuat laporan polis kelmarin selepas dimaklumkan rakan perempuan yang video bogelnya sudah tersebar.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 5:48 PM
Skip this ad x