Vivo

JENAMA pengeluar telefon pintar Vivo, sekali lagi hadir dengan siri Vivo S terbaru dan pertama seumpanya menerusi model Vivo S1 yang akan dilancarkan esok.

Melalui slogan 'Unlock Your Style', peranti pintar ini bagaimanapun hanya akan mula dijual pada 27 Julai (Sabtu) dengan harga RM1,099 di kedai rasmi Vivo dan penjual Vivo yang sah.

Namun, kepada mereka yang tidak sabar untuk memiliki peranti berkenaan, boleh membuat pra tempahan sekarang sehingga 26 Julai ini.



Pembelian secara pra tempahan memerlukan anda membayar RM50 untuk mendapat rebat bernilai RM100 apabila menempah di kedai rasmi Vivo.

Selain itu, pembeli pra tempahan juga akan mendapat hadiah eksklusif berupa VShare K1-Bluetooth Speaker yang berharga RM99.

Untuk pembelian secara dalam talian pula, Vivo S1 boleh ditempah di Lazada, Shopee, Presto Mall dan Vivo Store.

Pembeli yang menempah melalui platform ini juga akan mendapat hadiah misteri percuma bernilai RM149.


Sementara itu, Vivo S1 memfokuskan kepada pengguna muda yang sentiasa bertenaga, bergaya dan selalu mengikuti perkembangan trend semasa.

Ia hadir dengan pelbagai ciri hebat antaranya bateri berkapasiti 4500mAh, teknologi pengecasan pantas dwi-enjin dan pengimbas cap jari pada paparan

Keistimewaannya lagi, kamera 32MP digunakan untuk kamera swafoto dan tri-kamera 16MP + 8MP + 5MP dengan teknologi AI pula sebagai kamera utama.

Resolusi Ultra HD kamera 32MP membolehkan anda mengambil swafoto pada tahap kejelasan yang tinggi dan tepat.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai mod swafoto seperti AI Face Beauty, Selfie Frontlight, AR Stickers, AI Filter, dan sebagainya yang menjadikan gambar swafoto anda lebih menyeronokkan.

AI Portrait Framing pula membantu anda dengan komposisi lebih baik untuk mencapai nisbah yang sempurna.

Kamera AI Super Wide-Angle turut memperluaskan pandangan pada kamera kepada 120 darjah yang membolehkan anda menangkap panorama landskap dengan lebih cantik dan banyak.

Tambah menarik, jika anda mahu merakamkan foto berkumpulan, kamera secara automatik akan beralih ke mod Super Wide-Angle untuk julat yang lebih luas.

Sebelum itu, saksikan video khas di https://www.facebook.com/282315905262609/posts/1386797294814459/.

Malumat lanjut mengenai promosi ini dan Vivo, layari laman web rasmi Vivo Malaysia di https://www.vivo.com/my dan Facebooknya https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

Pembelian dalam talian pula boleh dilakukan melalui platfom berikut.

• Vivo Store : http://bit.ly/BuyVivoOnline

• Lazada : http://bit.ly/2FiMlzz

• Shopee : http://bit.ly/vivoshopeepost

• Presto Mall : http://bit.ly/

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 4:26 PM