GAMBAR hiasan
Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


HARGA runcit petrol RON97 naik 10 sen daripada RM2.57 kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 20 hingga 26 Julai ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan mengikut formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.37 seliter dan RM2.37 seliter.

“Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 sehingga 26 Julai adalah berjumlah RM179.97 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 5:45 PM