DR Abdul Malik (dua kanan) bersama Renjer PERHILITAN meninjau kawasan pemburuan harimau. FOTO Imran Makhzan.
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


AYAM digunakan sebagai umpan untuk memerangkap dua harimau yang dikatakan berkeliaran di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Dr Abd Malek Mohd Yusof berkata, perangkap itu dipasang dalam radius dua kilometer dan dipantau anggotanya secara 24 jam.

Ia susulan penemuan tapak harimau di kawasan hutan pada jarak dua kilometer dari penempatan penduduk.

“Empat pasukan renjer PERHILITAN dan pegawai veterinar lengkap dengan peralatan menembak dan ubat pelali turut melakukan pencarian di dalam hutan sejak 9.30 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Menurutnya, ketika ini hanya seekor harimau yang dikesan berkeliaran.

“Harimau itu dipercayai jantan berusia lingkungan dua tahun dengan berat sekitar 60 kilogram.

“Petang ini kita akan pasang satu lagi perangkap yang lebih besar di kawasan yang dikenal pasti tempat haiwan itu bermain,” katanya.

Berita berkaitan

Seram sejuk badan dijilat harimau

Rimau `jinak' masuk kampung [METROTV]

Harimau haiwan peliharaan?

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 2:33 PM