Sebahagian kumpulan pertama jemaah Malaysia yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, semalam. Foto Yusri Abdul Malek
Yusri Abdul Malek
Yusrimalek@hmetro.com.my


KUMPULAN pertama seramai 474 jemaah haji Malaysia KT29 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 1.26 petang (waktu tempatan).

Semua jemaah haji berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 9.15 pagi (waktu Malaysia) dengan menaiki Malaysia Airlines Berhad (MAS) MH8128.

Kesemua mereka itu adalah kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang mendarat di Jeddah.

Ketibaan mereka itu disambut Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Nurrinanuwar Shamsuddin, Konsol Haji Mohammad Saimi Mat Som, pegawai Makkah Route dan petugas Tabung Haji.

Semua jemaah dibawa ke Makkah dengan 11 bas dan selamat tiba di Hotel Manar Al Shoroq pada 3.40 petang.

Ketika ini, lebih 13,000 jemaah Haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci dan penerbangan terakhir ke Jeddah dijangka pada 5 Ogos 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2019 @ 11:55 PM