Laporan mengenai siasatan polis berkaitan penghasilan dan penyebaran video lucah hubungan sejenis Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama seorang lelaki yang didakwa seorang menteri kanan sebelum ini.
Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@nstp.com.my


TIGA lelaki lagi ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penghasilan dan penyebaran video lucah hubungan sejenis bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong Haziq Abdullah bersama seorang lelaki yang didakwa seorang menteri kanan.

Penahanan itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed tetapi beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

“Ketiga-tiga suspek yang berusia 29 hingga 37 tahun itu ditahan di Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran klip video seks pada bulan lalu.

Beliau memaklumkan bahawa penyebaran video itu dibuat melalui pakatan tertentu dan beberapa individu sudah ditahan.

Semalam dilaporkan Haziq ditahan dan direman bersama lima individu lain dipercayai ahli PKR dalam serbuan besar-besaran polis di sekitar Lembah Klang.

Berita berkaitan

Isu video: Haziq ditahan kali kedua

[UPDATE] Haziq direman enam hari

Polis siasat ketulenan video lucah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 10:34 PM