GAMBAR rasmi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah sempena Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI. FOTO Ihsan Istana Negara.
Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


ISTANA Negara hari ini, mempersembahkan potret rasmi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini.

Turut dipersembahkan potret rasmi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tiga gambar Baginda disiarkan dan ia boleh diakses menerusi Instagram (IG) rasmi istana_negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 10:13 AM