FOTO Arkib NSTP
Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang memulakan sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, menerima ‘serangan’ bertubi daripada Ahli Parlimen pembangkang.

Suasana menjadi gamat apabila beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang meminta laluan untuk mencelah apabila isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dibangkitkan.

Bermula dengan soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) mengenai kesan dan peningkatan yang dihadapi TH selepas perubahan pengurusan tertinggi serta langkah penjimatan yang diambil sejak 2018.

Menjawab itu, Dr Mujahid berkata, pihaknya sudah melakukan penstrukturan dan penjualan aset termasuk membatalkan inisiatif yang kurang memberi manfaat mahupun berpotensi rendah.

Bagaimanapun, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu berkenaan dan meminta ia tidak dimanipulasi, sebelum hangat dengan ‘serangan’ Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).


Dr Mujahid: Yang memanipulasi bukan kerajaan, yang buat creative accountant pun bukan kerajaan hari ini, itu kami warisi daripada kerajaan terdahulu.

Tajudin: Jangan pakai modal itu, tak laku dah. Orang dah tak nak dengar dah yang tu.

Dr Mujahid kemudian berkata, terdapat perbezaan dalam pengurusan kerajaan baharu berbanding zaman sebelumnya, sambil merujuk kepada bekas Abdul Azeez yang juga Pengerusi TH.

Kenyataannya membawa kepada soalan berikutnya daripada Tajudin sebelum disampuk Dr Shamsul Anuar dan Abdul Azeez yang meminta laluan untuk bercakap tetapi tidak dilayan.

Tajudin: Jumlah orang pergi haji berapa, jumlah pergi haji?

Mujahid: Saya ingin maklumkan sebab merekalah (pengurusan terdahulu) kami kena buat.

Tajudin: Jawapan politik lagi.

Dr Shamsul Anuar: Kalau berani bentuk RCI lah. Siasat betul-betul.

Abdul Azeez: Bagilah peluang bekas Pengerusi TH. Yang Dipertua, kalau menteri tak dapat jawab, bagi saya jawab, saya tahu. Bagi saya soalan tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 12:42 PM
Skip this ad x