Idris Musa
idris@hmetro.com.my


TUN Dr Mahathir Mohamad menjelaskan watak dalam filem terbitan Marvel yang beliau minati adalah Thor.

Perdana Menteri berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook beliau, hari ini.

Turut dimuat naik rakaman video beliau ke pelancaran Pameran Ten Years Of Heroes, Marvel Studios yang berlangsung di Pavilion di Kuala Lumpur, semalam.

“Apabila wartawan bertanya, watak manakah yang saya minati seperti di dalam pameran tersebut, saya pilih watak Thor,” katanya.

Thor ialah adiwira gagah berani yang menggunakan kebolehan hebatnya untuk melawan kejahatan, melindungi Asgard dan planet Bumi.

Pameran 10 Tahun Adiwira itu memberi peluang kepada peminatnya untuk melihat dari dekat watak terbabit sekali gus mengimbau kembali cerita Marvel Studios yang lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 9:00 PM
DR MAHATHIR bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bergambar ketika Majlis Perasmian Pameran Marvel Studios di Pavilion, semalam. FOTO BERNAMA