PENOLONG Pengurus Bahagian Pengiklanan NSTP, Angelina Poon (kiri), bersama Husain (dua dari kanan) dan pemenang, Siti Nursarah (dua dari kri) dan Mohd Izwan (kanan). FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


DUA pengikut Facebook (FB) Harian Metro, mymetro, yang menyertai peraduan teka dan menang #jomkejarbersamapanasonic terpilih memenangi seunit pengisar jus Panasonic MJ-H100.

Penyampaian hadiah kepada kedua-dua pemenang itu, Siti Nur Sarah Mohd Fauzi, 34 dan Mohd Izwan Abd Majid, 31, disempurnakan Pengarang Eksekutif (Komersial) Harian Metro Husain Jahit di Balai Berita NSTP di Kuala Lumpur, hari ini.

Berkongsi perasaan mengenai kemenangan itu, ibu kepada dua cahaya mata, Siti Nur Sarah Mohd Fauzi, 34 berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan berita terkini menerusi saluran FB Harian Metro dan sekadar menyertai peraduan berkenaan untuk mencuba nasib.

“Saya dimaklumkan sebagai pemenang selepas menerima panggilan telefon pada minggu lalu dan tidak sangka terpilih kerana kali pertama menyertai peraduan anjuran Harian Metro.

“Kiranya, kemenangan itu ibarat rezeki terpijak buat saya, syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian hadiah itu..

Mohd Izwan Abd Majid, 31 yang bekerja sebagai pemandu peribadi berkata, dia turut gembira kerana terpilih sebagai pemenang bagi peraduan berkenaan.

“Ikutkan, saya memang gemar menyertai peraduan tetapi tidak meletak harapan kerana sekadar untuk suka-suka saja.

“Saya berharap peraduan ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya .

Peraduan #jomkejarbersamapanasonic adalah anjuran bersama Panasonic dengan kerjasama Harian Metro sempena Aidifitri yang lalu.

Menerusi peraduan itu, pengikut hanya perlu menjawab soalan mudah dengan meneka hos wanita Program Jom Kejar Bersama Panasonic dan tagline bagi rancangan berkenaan berdasarkan dua gambar ‘poll’ pada hantaran bertarikh 18 serta 25 Mei lalu.

Mereka yang turut serta dalam peraduan itu juga meletakkan tanda pagar #jomkejarbersamapanasonic, #jomraya dan #PanasonicMY di mana pemenang dipilih secara rawak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 7:41 PM