Kuala Lumpur: Mulai 27 Jun ini, pemilik HUAWEI siri Mate 20 boleh mengemaskini sistem operasi terbarunya, EMUI 9.1 yang berkonsepkan 'Kualiti Gaya Hidup'.

Hal ini sekali gus membolehkan pengguna peranti menikmati sejumlah ciri-ciri baru yang disertakan bersamanya.

GPU Turbo 3.0

Antaranya, EMUI 9.1 turut menaik taraf unit pemproses grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 yang menjanjikan penggunaan tenaga tinggi di mana dalam masa sama memberikan pengalaman permainan dan rangkaian lebih lancar serta stabil.

Permainan mudah alih juga kini lebih dipelbagaikan menerusi sistem operasi terbaru ini, ia menyokong daripada enam sehingga 25 judul permainan mudah alih antarabangsa.

Kemas kini itu meningkatkan prestasi di samping mengurangkan penggunaan kuasa bateri sekali gus membawa prestasi lebih stabil.

Google Assistant kini lebih mudah diakses.

Selain itu, sokongan EMUI 9.1 membolehkan pengguna untuk mengakses pembantu suara seperti Google Assistant dengan lebih mudah dan pantas.

Cara untuk menggunakan Google Assistant ialah dengan menekan butang kuasa selama sesaat ketika telefon pintar untuk mengejutkan Google Assistant sebelum satu klik untuk bagi mengenal pasti subjek dan suara.

Suntingan video jadi lebih mudah.

Satu lagi fungsi yang menarik pastinya kerja suntingan video kini menjadi lebih mudah dengan adanya HUAWEI Smart Video Editing AI.

Bahagian tertentu video juga akan disunting secara automatik dengan 'filter' yang lebih dramatik dan dalam masa sama memberikan pilihan untuk sentuhan kesan kelajuan serta muzik latar yang unik.

Pindah fail dengan pantas.

Tidak cukup dengan itu, proses pemindahan dokumen, gambar dan video 1G boleh dilakukan dengan cepat iaitu dalam tempoh 35 saat sahaja menggunakan perkongsian tanpa wayar menerusi HUAWEI Share, OneTap Share.

Sistem deringan video terbaru

HUAWEI juga memperkenalkan sistem deringan video terbaru yang boleh disetkan sendiri oleh pengguna bagi menggantikan deringan lama yang dilihat terlalu biasa dengan peranti telefon pintar.

Teman terbaik ketika bersenam

Dengan adanya sistem ini juga, ia membuatkan peranti anda menjadi teman terbaik ketika bersenam.

Tidak percaya? Kekal hubungkan telefon pintar dengan alat senaman 'treadmill' dan EMUI 9.1 akan mendapatkan bacaan kalori yang terbakar, kelajuan larian dan langkahan, tempoh bersenam serta sebagainya.

Caranya, sentuh peranti ini pada treadmill untuk mendapatkan bacaan data secara masa nyata menggunakan algoritma pintar untuk mengukur getaran ketika melangkah.

Bagi anda yang menggunakan peranti siri Mate 20 ini, anda boleh menaik taraf kepada EMUI 9.1 dengan ke halaman Settings > System > Software Update pada 27 Jun nanti.

Selain itu, anda juga boleh ke https://consumer.huawei.com/my/emui/ atau [HiCare] App > [Update] > [Download] bagi menyemak dan memuat turun kemas kini sistem berkenaan.

Sementara itu, ikuti @HUAWEIEMUI untuk maklumat lanjut dan layari Vmall di https://shop.huawei.com/my/ bagi mendapatkan produk HUAWEI.

Berikut pula model yang boleh dikemas kini bermula Jun ini.

12 Jun 2019:

HUAWEI nova 3e

HUAWEI Y9 2018

27 Jun 2019:

HUAWEI Mate 20

HUAWEI Mate 20 Pro

HUAWEI Mate X

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 8:18 PM