Ahmady (kanan) bersama CEO Serene Retreat (tengah) pada sidang media di Kuala Lumpur. FOTO Ihsan MMA
Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my


PERSATUAN Perubatan Malaysia (MMA) sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran pengamal perubatan untuk berdepan penagih dadah.

Sehubungan itu MMA bekerjasama dengan Serene Retreat Sdn Bhd menganjurkan Program Latihan Kemahiran Temuramah Motivasi latihan bertujuan meningkatkan kemahiran peserta mengenai cara menghadapi individu yang bermasalah dalam pelbagai jenis ketagihan bahan terlarang itu.

Pengurus Perhubungan Awam Serene Retreat, Ahmady Muhammad Taib berkata, program tiga hari bermula semalam itu turut dihadiri pegawai jabatan dan agensi kerajaan seperti pensyarah, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu pengetahuan dari segi persediaan psikologi seseorang yang berminat untuk menimba ilmu psiakiatrik dan kaunseling daripada pakar psikologi University of California, Amerika Syarikat iaitu Profesor Igor Koutsenok,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Ahmady berkata, pihaknya merancang untuk menganjurkan program itu berterusan untuk memberikan manfaat kepada pihak yang terbabit secara langsung dengan penagih dadah.

Katanya, ia adalah usaha memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada peserta mengenai ilmu psikologi dan kaunseling.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 12:47 AM