Tweet balas Azmin kepada nasihat Mufti WP hari ini.
Idris Musa
idris@hmetro.com.my


“SAYA terharu dengan pesanan dan nasihat Mufti Wilayah Persekutuan @drzul_albakri untuk saya dan keluarga tatkala badai fitnah mengganas,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, pertemuan beliau dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga memperkukuh semangat beliau untuk meneruskan khidmat demi umat dan negara.

Beliau yang turut menjadi tumpuan selepas tersebarnya video intim dipercayai membabitkan dua lelaki menzahirkan perasaan itu melalui catatan di laman Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Turut dimuat naik warkah daripada Dr Zulkifli yang menitipkan pesanan kepadanya.

Antara lain warkah bertarikh 14 Jun 2019 itu berpesan kepada Mohamed Azmin agar konsisten berpegang dengan al-Quran dan sunnah dalam apa jua tindakan termasuk tugas harian.

“Ingat pesan Nabi SAW: Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh kepada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api. (Riwayat Tirmidzi)

“Perbanyakkan solat malam dan munajat kepada-Nya di sepertiga malam kerana ia ibarat busur panah yang laju mengenai sasarannya. Itulah senjata paling ampuh dan kuat.

“Saya sentiasa berdoa agar Allah yang Maha Kuasa memberikan kekuatan dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi saat yang genting ketika mana badai fitnah mengganas. Semoga gerhana ini berlalu pergi,” kata Zulkifli melalui warkah itu.

Mohamed Azmin dalam catatan Twitter sebelum itu turut berterima kasih kepada semua atas ucapan dan kebaikan diberikan kepadanya serta doa dan kata-kata yang menenangkan.

“Saya amat berterima kasih atas sokongan dan perhatian yang anda tunjukkan kepada saya dalam masa yang sangat mencabar ini, namun tidak takut dengan kebenaran yang akan berlaku dan kita akan mengatasi. Kita percaya kepada Tuhan,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Haziq bebas dengan jaminan polis [METROTV]

  • Mohamed Azmin akan dipanggil kes video lucah
  • Haziq jalani pemeriksaan di HKL
  • Lebih 3 jam beri keterangan polis
  • Ditahan sebelum berlepas ke Manila
  • Haziq ditahan di KLIA
  • Muhammad Hilman pula buat laporan polis
  • Dalang penyebaran video lucah dicari
  • SKMM sedia bantu siasatan - Gobind
  • Hindari sebarang bentuk fitnah- Mufti WP
  • Hilman nafi tuduhan Haziq
  • Haziq dakwa diugut setiausaha politik Mohamed Azmin
  • Haziq Abdullah digantung tugas serta-merta
  • Polis buka kertas siasatan
  • Saya kenal dari jauh - Mohamed Azmin
  • Setiausaha Politik Mohamed Azmin buat laporan polis
  • 'Saya tak rasa ia benar'
  • Azmin nafi terbabit video lucah
  • 'Saya tak tau apa pun...'
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2019 @ 9:28 PM