Mohamad Hussin
mohamad_hussin@hmetro.com.my


KISAH Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ mendapat perhatian negara.

Berikut adalah kronologi sejak kisah bayi berusia 9 bulan itu mula dilaporkan.

9 April 2019

Kisah nasib bayi perempuan, Ainul Mardhiah yang menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak dilahirkan dilaporkan dalam Harian Metro dan mendapat perhatian ramai.

• Berita berkaitan: 'Ya Allah, beratnya dugaanmu Ainul Mardhiah...'

Antara individu yang tampil menghulurkan bantuan bagi Ainul Mardhiah termasuk individu yang sanggup jual motosikal demi Ainul Mardhiah serta seorang lgai yang menawarkan sewaan amal untuk Ainul Mardhiah.

21 April 2019

Dr Nur Amalina Che Bakri menghubungi Nurul Erwani, ibu Ainul Mardhiah menerusi aplikasi WhatsApp dan memberitahu akan membantu bayinya.

• Berita berkaitan: Dr Amalina bantu Ainul

10 Mei 2019

Kerajaan Melaka bersetuju membiayai kos pengangkutan dan penerbangan Ainul sekeluarga ke UK.

• Berita berkaitan: Biaya kos pengangkutan Ainul Mardhiah

13 Mei 2019

Kumpulan pakar bedah dari UK akan memberi maklum balas susulan keputusan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) daripada Ainul .

15 Mei 2019

Pasport antarabangsa Ainul diserahkan kepada bapanya.

• Berita berkaitan: Ainul Mardhiah dapat pasport



24 Mei 2019

Ainul bersama ibu bapanya berlepas ke London untuk mendapatkan rawatan.

• Berita berkaitan: 'Pinta doa semua buat Ainul'



25 Mei 2019

Ainul dan ibu bapanya selamat tiba di London.

• Berita berkaitan: 'Alhamdulillah, adik Ainul tiba di London'



26 Mei 2019

Pasukan pakar perubatan di London, segera melakukan pemeriksaan bagi menilai keadaan bayi itu.

3 Jun 2019

Datuk dan nenek Ainul, Ahmad Razak Joffri dan Salmah Atan melawat cucunya di London selain memberi sokongan moral kepada Ainul sekeluarga.

• Berita berkaitan: Demi cucuku Ainul...



10 Jun 2019

Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan selepas bertarung nyawa selama lima jam dan kini dilaporkan stabil.

• Berita berkaitan: Alhamdulillah, Ainul selamat dibedah...



Tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway

• Berita berkaitan: Tumor 200g dikeluarkan

• Berita berkaitan: Comelnya Ainul Mardhiah

Selepas kira-kira lima jam menjalani pembedahan membuang tumor di mulutnya semalam, Ainul Mardhiah sudah sedarkan diri.

• Berita berkaitan: Ainul Mardhiah sudah sedar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 9:53 PM
GAMBAR Ainul Mardhiah yang memberi tindakbalas kepada ibunya dalam video dikongsi bapanya di Facebook.