BERIKUT adalah laporan setakat ini berhubung kematian 14 Orang Asli Suku Batek di Gua Musang.

29 Mei 2019

Seorang lelaki Orang Asli, 30, meninggal dunia di pondok berhampiran Lombong Bijih Aring 11, Gua Musang

7 Jun 2019

Polis menerima laporan seorang wanita Orang Asli suku Batek, 21, yang dilaporkan mati secara tiba-tiba di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang.

  • Berita berkaitan
  • 8 Jun 2019

    Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Taufik Maidin mengesahkan penyakit tibi dan jangkitan kuman di paru-paru atau ‘Pneumonia’ dipercayai punca kematian 13 Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang.

  • Berita berkaitan
  • 83 Orang Asli sedang menerima rawatan iaitu 37 sebagai pesakit luar, 32 orang dirawat di Hospital Gua Musang, 10 di Kuala Krai dan seorang kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) serta tiga lagi di rumah inap kesihatan Orang Asli (RIKA) di Gua Musang.

    9 Jun 2019

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, 14 kematian dilaporkan membabitkan penduduk Orang Asli suku Batek, di Kuala Koh, Gua Musang sejak 2 Mei hingga 7 Jun lalu termasuk dua kematian dilaporkan akibat radang paru-paru.

  • Berita berkaitan
  • Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mengadakan tinjauan dan hasilnya mendapati pencemaran air bukit dan anak sungai Lebir dekat Kampung Kuala Koh, dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan bijih manganese atau keluli, sehingga menyebabkan kematian 14 penduduk Orang Asli suku Batek, setakat ini.

  • Berita berkaitan

  • KAWASAN tadahan air bukit yang menjadi keperluan penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh dipercayai tercemar berikutan aktiviti perlombongan bijih besi. FOTO Ramli Ibrahim


    Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mencari punca kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang termasuk menyediakan logistik seperti kenderaan kepada agensi kerajaan untuk menyiasat kes berkenaan.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dakwaan kononnya kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, mempunyai kaitan dengan pencemaran kolam yang menjadi sumber air masyarakat itu akan disiasat dengan teliti.

  • Berita berkaitan
  • Lebih 100 penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh terpaksa berpindah ke kawasan hutan kerana bimbang 14 kematian yang berlaku sejak bulan lalu didakwa disebabkan sihir hitam.

  • Berita berkaitan
  • 10 Jun 2019

    Kerajaan negeri menyangkal dakwaan penyakit dikatakan menyerang penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, baru-baru ini, berpunca daripada pencemaran air hasil aktiviti perlombongan di kawasan itu kerana penyakit pneumonia adalah berkaitan udara bukan daripada air.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menasihatkan orang awam supaya tidak masuk ke perkampungan Orang Asli dekat Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan kerana jangkitan kuman di paru-paru mudah merebak.

    Kementerian Kesihatan sedia melakukan bedah siasat ke atas 12 mayat penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang yang ditanam secara adat masyarakat itu.

  • Berita berkaitan
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan sudah mengambil sampel air dari tiga lokasi di Kampung Kuala Koh, Gua Musang bagi menganalisis tahap pencemarannya.

  • Berita berkaitan

  • PENDUDUK Orang Asli tinggal di perkampungan sementara selepas melarikan diri daripada penempatan asal akibat kematian anggota keluarga mereka di Kuala Koh. FOTO Syamsi Suhaimi


    Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menggesa agensi berkaitan memindahkan semua penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh ke lokasi lebih selamat.

  • Berita berkaitan
  • Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan menjalankan operasi mengesan 12 kubur Orang Asli Kampung Kuala Koh di sini yang dikatakan dikebumikan secara adat suku kaum Batek baru-baru ini.

  • Berita berkaitan
  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 6:40 PM
    PERKAMPUNGAN Orang Asli suku Batek di Kuala Koh. FOTO Syamsi Suhaimi