GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


BEKALAN air di semua kawasan di Klang yang menjejaskan pengguna sejak kelmarin, pulih sepenuhnya, hari ini.

Gangguan bekalan air berlaku di daerah itu dan Kuala Langat berikutan insiden paip utama pecah di Setia Alam.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya menjalankan pemantauan berterusan termasuk bacaan tekanan pada sistem sistem agihan.

“Hasil pemantauan dan bacaan itu mendapati bekalan air di semua kawasan yang terjejas ekoran insiden paip pecah di Setia Alam sudah pulih sepenuhnya.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama pelanggan atas kerjasama sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Raof berkata, pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bekalan air boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my.

“Selain itu, mereka boleh melayari Facebook (FB) Air Selangor, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bekalan air kepada 155,000 akaun pengguna di Klang dan Kuala Langat terjejas selepas paip utama bersaiz 1,800 millimeter (mm) pecah di Setia Alam, pada jam 8 pagi kelmarin.

Paip utama itu membekalkan air kepada 84 taman perumahan di Klang serta sembilan di Kuala Langat dan ia membabitkan kawasan yang besar.

Antara kawasan yang terjejas akibat paip pecah adalah Ambang Botanik, Ambang Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Bandar Klang dari Batu 1 hingga Batu 3 Jalan Meru, Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Glenmarie Cove, Terminal Glenn Cruise, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Jalan Dato Hamzah, Jalan Istana, Jalan Kapar dari Batu 1 hingga Batu 5, Jalan Klang-Banting, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Pelabuhan Utara, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen serta Solok Besar, Jalan Tengku Basar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana.

Jalan Kem, Jalan Limbungan, Jalan Syahbandar, Johan Setia, Kampung Kastam, Kampung Pulau Indah, Kampung Raja Uda, Kampung Teluk Gong, keseluruhan Taman Berkeley dan Eng Ann, keseluruhan Jalan Raja Nong, keseluruhan Taman Sri Andalas, Kampung Keretapi, Kampung Pendamar, Kota Pendamar, Laguna Park, Lorong Tingkat & Rembau, Pandamaran, Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Utara, Kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 dan 2, Persiaran Raja Muda Musa, kawasan perubahan di Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 dan 3, Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Ketam dan seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas.

Keseluruhan kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Taman Perindustrian Perdana, seluruh kawasan perindustrian Bukit Raja Selatan, seluruh Perepat, seluruh Sementa, seluruh Sungai Putus, sepanjang jalan Goh Hock Huat, Sungai Sireh, Taman Bayu Mas, Taman Bayu Perdana, Taman Bayu Tinggi, Taman Berembang, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Chi Liung, Taman Desawan, Taman Gembira, Taman Klang Jaya, Taman Klang Groove, Taman Pendamar Indah, Taman Samjdera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Suria Pendamar, Telok Gedong Kecil, Telok Gedong Indah, Taman Petaling Indah, Taman Radzi Telok Gedong Besar, West Port dan Wisma Polis Marin Pulau Indah.

Di Kuala Langat, kawasan terjejas adalah di Batu 7 Sijangkang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2019 @ 12:46 PM