Faliq Lajim
am@hmetro.com.my


BEBERAPA kawasan di daerah Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip utama di Setia Alam, pecah kira-kira 9 pagi, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan akan berlaku secara berperingkat.

“Status terkini dan butiran lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Pihak kami sedang membuat persiapan bagi menggerakkan bantuan lori tangki air ke kawasan terjejas dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) jam 3 petang ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan ekoran insiden yang tidak dijangka ini.

Menurutnya, pihaknya akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu bagi mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimumkan impak gangguan.

“Pengguna boleh merujuk maklumat di laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta Facebook Air Selangor,” katanya.

Antara kawasan yang terbabit adalah Ambang Botanik, Armada Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Klang (Batu 1 - 3 Jalan Meru), Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Glenmarie Cove, Glenn Cruise, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Dato Hamzah, Jalan Istana dan Jalan Kapar Batu 1 - 5.

Turut terjejas, Jalan Kem, Jalan Klang Banting, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Pelabuhan Utara, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana.

Selain itu, Jalan Limbungan, Jalan Syahbandar, Johan Setia, Kampung Kastam, Kampung Pulau Indah, Kampung Raja Uda, Kampung Teluk Gong, Kampung Pendamar, Keseluruhan Berkeley/Eng Ann, Keseluruhan Jalan Raja Nong, Keseluruhan Taman Sri Andalas.

Kampung Keretapi, Kota Pendamar, Laguna Park, Lorong Tingkat & Rembau, Pandamaran, Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Utara, Perindustrian Pulau Indah Fasa 1, Perindustrian Pulau Indah Fasa 2, Persiaran Raja Muda Musa, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2 dan Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3 Selain itu, PKFZ, Pulau Ketam, Seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas, Seluruh kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industri Park, Seluruh Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seluruh Perepat, Seluruh Sementa, Seluruh Sungai Putus, Sepanjang Jalan Goh Hock Huat, Sungai Sireh dan Taman Bayu Mas.

Taman Bayu Perdana, Taman Bayu Tinggi, Taman Berembang, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Chi Liung, Taman Desawan, Taman Gembira, Taman Klang Jaya, Taman Palm Groove, Taman Pendamar Indah, Taman Petaling Indah, Taman Radzi Teluk Gadong Besar, Taman Samudera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Suria Pendamar, Teluk Gadong Kecil, Teluk Gedong Indah, Westport dan Wisma Polis Marin Pulau Indah turu terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 12:32 PM