GAMBAR hiasan. FOTO Nurul Shafina Jemenon
Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my


WAKTU solat sunat Aidilfitri bagi masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan ditetapkan jam 8.30 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata, sehubungan itu pihaknya meminta semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah mengambil maklum mengenai perkara itu untuk kemudahan bersama.

Katanya, terdapat 87 masjid, 109 surau Jumaat serta 528 surau di Wilayah Persekutuan yang terbabit dan makluman ini bertujuan memudahkan urusan jemaah pada hari raya.

“JAWI ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan, semoga kita sama-sama menjaga syiar Islam seperti mana sepanjang Ramadan ini.

“Kita juga akan meneruskan program pengimarahan di seluruh masjid serta komuniti setempat dalam usaha menyebarkan konsep Rahmah yang dibawa sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh melayari laman sosial JAWI seperti Instagram untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 12:17 PM