FOTO Hazreen Mohamad
Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

MELAKUKAN persiapan secara bergotong-royong ketika pulang ke kampung sememangnya detik indah yang dinanti-nanti saban tahun menjelang Aidilfitri.

Ibu saudara, bapa saudara dan sepupu masing-masing bersedia melakukan tugasan yang diberi. Ada yang mengemas ruang tamu, memasang langsir baru, menganyam ketupat, membakar kuih dan memasak juadah untuk dinikmati di pagi raya.

Halaman rumah juga perlu dibersihkan untuk memudahkan kerja-kerja membakar lemang dan mengacau dodol. Tidak lengkap kalau tidak dipasang pelita.

Datuk dan nenek tersenyum riang melihat gelagat anak dan cucu.

Tapi dengan cuaca sangat panas sehingga satu rumah berbahang, tidak senang duduk dibuatnya. Segala kerja serba tidak kena, habis baju yang dipakai basah kuyup dengan keringat. Ketika itu terbayang pendingin hawa yang membuatkan ruang tamu terasa nyaman.

Apa kata hadiahkan rumah datuk dan nenek dengan pendingin hawa premium R32 inverter dan juga kipas siling lima bilah dengan lampu LED dari Panasonic?


Ia mampu menyejukkan sekali gus persiapan menjelang lebaran dapat dilakukan dalam suasana yang gembira. Tiada lagi kepanasan melampau yang dirasai. Tetamu yang yang datang bertandang juga pasti berasa nyaman.

Ingin merasai sendiri pengudaraan bersih serta nyaman di Aidilfitri ini? Kempen Jom Raya Panasonic menampilkan pelbagai barangan keperluan rumah utama yang dijual dengan harga mampu milik.

Ketuhar Big Cubie juga satu lagi barangan yang harus di miliki. Dengan ketuhar perolakan stim panas lampu Panasonic ini kerja memasak sajian Aidilfitri bukan saja lebih mudah malah lebih enak dan sihat.


Kerja membersihkan habuk di segala celah kerusi atau perabot pula menjadi mudah dengan penyedut hampagas tanpa wayar Panasonic.

Daya sedutan kuat (200W) berprestasi tinggi serta sesuai untuk semua permukaan lantai mahupun celah kusyen cukup mudah.


Tidak perlu risau karpet baru dibeli dikotori dengan serdak biskut raya dengan adanya penyedut hampagas Panasonic ini.

Pagi raya pula ‘mood’ untuk bergaya mungkin hilang apabila rambut masih lembap tetapi sudah perlu menyarungkan hijab. Ini satu masalah dan sememangnya menimbulkan ketidakselesaan berpanjangan.

Tapi dengan pengering rambut 1800W nanoe™ dengan dwimineral Panasonic, semua masalah itu hilang.


Kempen yang berlangsung sehingga 9 Jun ini turut menawarkan pelbagai diskaun bermusim, hadiah premium juga pakej istimewa yang bakal disediakan untuk anda. Menarik bukan?


Tambahkan keterujaan anda dengan Panasonic menerusi Jom Kejar Bersama Panasonic, program TV berasaskan kuiz. Lapan kumpulan dengan dua peserta dalam setiap kumpulan akan dipilih bersaing antara satu sama lain melalui tiga fasa iaitu pusingan awal, pusingan separuh akhir, dan pusingan akhir.


Cabaran permainan pula diberi nama Sepantas Kilat dan Kejar-Kejar. Pemenang bakal membawa pulang produk Panasonic bernilai lebih RM 50,000 untuk pertunjukan keseluruhan dan juga hadiah utama bernilai lebih daripada RM 30,000.

Untuk maklumat lanjut, layari www.panasonic.com.my atau kunjungi Facebook Panasonic Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 9:40 AM