FOTO Hiasan
Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


SELEPAS hampir setahun empat remaja lelaki dituduh membunuh seorang tukang cuci kereta, posmen pula didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jayai, hari ini, atas pertuduhan sama.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil dari J Poovarashan, 22, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama empat yang sudah dituduh dengan seorang yang masih bebas didakwa membunuh S Ravindran, 22, di tepi Jalan PJS 2B/3, Metro Square, PJS2, di Petaling Jaya, antara 11 dan 11.30 malam, 6 Jun lalu.

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamis tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Pada 19 Jun tahun lalu, empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur didakwa atas kesalahan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 4:30 PM