ANTARA warga asing yang diperiksa. FOTO ihsan Polis
Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


SEMBILAN warga asing dari Afrika ditahan dalam operasi bersepadu di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Jumaat lalu kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Operasi selama tujuh jam bermula 11 malam itu turut menahan tiga warga Bangladesh dan seorang warga Nepal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, 99 pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur terbabit dalam operasi itu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang

menghantar lapan pegawai dan anggota.

"Operasi dijalankan di sekitar

Jalan Changkat di Bukit Bintang, Kondominium Arena Green di Bukit Jalil, Jalan Sepadu off Jalan Klang Lama, Taman OUG di Brickfields, Taman Len Seng dekat Cheras dan Metro Prima di Kepong.

"Pemeriksaan dijalankan ke atas 28 warga asing. Seramai sembilan warga Afrika ditahan iaitu tujuh lelaki dan dua wanita. Manakala, tiga lelaki warga Bangladesh serta seorang lelaki warga Nepal turut ditahan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 10:42 AM