FOTO Hiasan
Togi Marzuki
am@hmetro.com.my


DUA nelayan dikhuatiri hilang ketika sedang menjaring ikan di perairan Pulau Pisang di Pontian, semalam.

Mohd Khair Ismail, 38 dan rakannya, Mohd Yusri Mohd Yusof, 43, masing-masing berasal dari Ayer Baloi di sini, dikatakan keluar menjaring ikan di perairan berkenaan dengan menggunakan bot fiber milik bapa mentua Mohd Khair, Ramzan Mohd Ali, 64.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, mereka berdua keluar ke laut pada 5.30 petang kelmarin menuju ke Pulau Pisang untuk menjaring ikan.

“Semalam, rakan-rakan mangsa menjumpai barangan seperti kad pengenalan, telefon dan rokok milik mangsa berdua, tetapi mereka tidak dapat dikesan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dilancarkan semalam dan disambung pada hari ini membabitkan pihak polis, bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 11:49 AM