HUAWEI

MUNGKIN anda salah seorang daripada pemilik peranti HUAWEI Siri P30 dan pengguna seringkali tertarik dengan keupayaan kameranya saja tanpa mengetahui telefon pintar berkenaan mempunyai ciri unik.

Berikut adalah tujuh fungsi rahsia peranti berkenaan dan pemilik telefon pintar berkenaan boleh cuba mempraktikkan fungsi rahsia berkenaan sekali gus menggunakan peranti itu secara optimum.

1. Rakaman gambar mengagumkan dalam keadaan pencahayaan kurang

Mungkin kebanyakan peranti lain boleh merakam gambar ketika pencahayaan yang sangat terang dan mencukupi namun bagaimana keadaan malam. Tidak semua peranti mampu untuk merakam gambar ketika malam.


Namun, pengguna HUAWEI Siri P30 boleh menikmati keupayaan itu apabila merakam gambar pemandangan cahaya lampu di waktu malam dengan begitu terperinci dan hasil gambarnya adalah sangat mengagumkan.

Keupayaan teknologi sensor termaju itu mampu untuk merakam gambar malam dengan penuh terperinci, tona warna umpama penglihatan mata dan kualiti yang sangat baik. Anda juga boleh merakam gambar dengan mod pendedahan panjang menggunakan tripod mirip pemilik kamera DSLR.

Kaedah untuk menggunakan mod ini mudah iaitu hanya menekan ikon kamera dan memilih mod 'Night Mode' dan mengambil gambar, hasilnya pasti membuatkan anda puas hati.

2. Klon telefon

Dalam dunia serba canggih ini, kebanyakan pengguna akan menyimpan pelbagai data di dalam peranti telefon pintar mereka dan tatkala menukar peranti lama kepada yang baru, ia akan menimbulkan masalah. Hal ini kerana semua data itu perlu dipindahkan dan ia adalah satu tugasan yang agak merenyahkan.

Namun, jangan risau dengan HUAWEI Siri P30 , peranti ini dibina dengan aplikasi telefon klon yang membolehkan anda melakukan pemindahan data termasuk aplikasi, dokumen dan segalanya daripada peranti lama kepada peranti baru anda.


Mudah saja untuk menggunakan aplikasi ini, anda hanya perlu pergi ke 'Setting', memilih 'System' dan pilih 'Phone clone'. Aplikasi ini pemindahan data boleh dilakukan untuk platform iOS ataupun Android dan ia bersesuaian untuk semua jenis peranti tidak mengira jenama.

3. Pengecaman biometrik wajah

Pengguna telefon pintar kebiasaannya mengunci peranti mereka menggunakan kata kunci ataupun pin keselamatan. Keadaan itu kadang kala menyusahkan kerana kita perlu mengingati semua kata keselamatan berkenaan.

Untuk pemilik HUAWEI Siri P30, anda tidak perlu risau kerana ia dilengkapi dengan teknologi pengecaman biometrik wajah dan sistem berkenaan boleh mengecam wajah pemilik tidak mengira keadaan.

Bermula daripada bilik yang terang sehingga kepada ketika semua lampu ditutup, sistem berkenaan masih mampu untuk mengecam wajah pengguna tanpa sebarang masalah.


Untuk menghidupkan tahap keselamatan ini, pengguna hanya perlu pergi ke 'Setting', pilih 'Security & Privacy' dan pilih 'Face recognition' dan anda akan menggunakan kunci peranti menggunakan pengecaman wajah.

4. Navigasi peranti menggunakan gerakan

Sudah sampai masanya kita melupakan kekunci navigasi dan segala bentuk navigasi fizikal dan hanya menggunakan gerakan tangan mampu untuk melakukan segalanya.

Caranya mudah, jika anda ingin pergi ke skrin utama, hanya perlu menyapu (swipe) daripada bawah skrin peranti. Untuk kembali (back), gunakan gerakan ke dalam kiri ke kanan dan untuk melihat tugasan terkini (recent task), sapu daripada bawah skrin dan berhenti.


Jika pengguna mahu melancarkan pembantu, sapu daripada bawah kiri atau kanan dan peranti akan melancarkan pembantu. Semua navigasi itu akan membuatkan pengalaman anda menggunakan telefon pintar lebih baik berbanding sebelum ini.

Untuk menghidupkan mod itu, pergi ke 'Setting' pilih 'System' - 'System Navigation' - dan pilih 'Gestures'.

5. Mengubah nada bunyi dan pelekat dinding di telefon pintar

Anda akan mendapati lebih mudah untuk membuat tetapan penukaran nada bunyi dan pelekat dinding jika menggunakan HUAWEI Siri P30. Caranya mudah dan anda perlu memilih 'setting', pergi ke 'Sound' / menghidupkan 'Gallery - imej yang disukai dan memilih 'set as' - 'wallpaper'.



6. Mengetuk untuk melakukan tangkapan skrin (screenshot)

Ketuk peranti anda dan pengguna akan menyimpan tangkapan skrin yang dikehendaki. Itu cara mudah jika anda menggunakan peranti HUAWEI Siri P30 dan anda boleh melakukan langkah mudah antaranya, menyimpan tangkapan skrin dengan mengetuk skrin peranti anda.

Jika anda mahu melakukan rakaman skrin, ketuk dua kali di atas skrin dan jika mahu mengambil sebahagian daripada skrin paparan itu, hanya melakar di skrin dan mengetuknya.


Bagi pengguna yang mahu mengambil tangkapan skrin secara penuh, lakar huruf 'S' di atas skrin. Untuk menghidupkan mod ini, pengguna perlu pergi ke 'Setting' - 'Smart Assistance' - 'Shortcuts & Gestures'.

7. Pengecas tanpa wayar

Kini, anda boleh mengecas telefon pintar anda secara tanpa wayar dan ini adalah kaedah baru untuk kehidupan yang serba moden. Anda boleh mengecas peranti anda pada bila-bila masa kerana HUAWEI P30 dilengkapi dengan pengecas tanpa wayar menerusi HUAWEI P30 Wireless Charging Case atau sarung pelindung pengecasan tanpa wayar.

Manakala HUAWEI P30 Pro pula menyokong sistem pengecas tanpa wayar berbalik dan membolehkan anda mengecas dengan peranti lain. Ia adalah teknologi terkini dan membolehkan anda mengecas di mana saja tanpa mengira masa.


Kaedahnya mudah, pengguna hanya perlu menghidupkan mod itu dengan pergi ke 'Setting', dan memilih 'Battery' dan menghidupkan 'Wireless Reverse Charging'.

Pastinya banyak kejutan pada sistem EMUI 9.1 telefon pintar HUAWEI Siri P30 untuk anda cuba. Ciri-ciri hebat ini boleh anda dapati pada semua peranti HUAWEI.

Beli sahaja telefon pintar HUAWEI P30 (harga RM2,699) dan P30 Pro (RM3,799) yang boleh didapati di kedai jenama HUAWEI serta syarikat telekomunikasi terkemuka.

Sempena Ramadan ini, rebutlah tawaran dan kejutan hebat dengan pembelian Siri P30 melalui HUAWEI Online Official. Sarung telefon boleh caj tanpa wayar dan peranti caj tanpa wayar HUAWEI menjadi milik anda dengan pembelian HUAWEI P30, manakala HUAWEI Talkband B5 bernilai RM599 menjadi milik anda jika membeli P30 Pro, kedua-duanya melalui belian dalam talian.

Lebih menarik, anda berpeluang memenangi dua tiket penerbangan pergi balik ke Tokyo, Jepun dengan pembelian melebihi RM1,500!

Apa lagi, layari https://shop.huawei.com/my/ramadan-2019.html hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 1:47 PM