PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah motosikal di Jalan Istana menghala ke Sungai besi berhampiran Nirvana Memorial Park, malam ini. FOTO ihsan bomba.
Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@mediaprima.com.my


PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan membabitkan enam kereta dan sebuah motosikal di Jalan Istana menghala ke Sungai besi berhampiran Nirvana Memorial Park, 8.45 malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Pudu bersama seorang pegawai dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.47 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi 15 minit kemudian, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan enam kereta serta sebuah motosikal.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian badan.

“Selain itu, beberapa lagi penumpang serta pemandu kenderaan yang cedera dalam kemalangan berkenaan diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, kemalangan berkenaan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan dan orang ramai diminta laluan alternatif lain bagi mengelak kesesakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 10:41 PM