Shaarani Ismail
shaarani@nstp.com.my


LIMA lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes lelaki maut ditetak dalam pergaduhan di pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nordin Abdullah berkata, semua lelaki berusia 20an dan 30an itu ditahan di hadapan pusat hiburan di Jalan Medan Ipoh 3, Ipoh awal pagi tadi.

Katanya, perintah reman dikeluarkan Majistret Umzarul An Nur Umar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian awal pagi semalam, mangsa berusia 35 tahun meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Mohd Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 8 pagi dan diberitahu lelaki yang kritikal di HRPB sudah meninggal dunia.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat tetakan selepas berlaku pergaduhan antara kumpulan mangsa dan satu lagi kumpulan lain di pusat hiburan berkenaan.

Berita berkaitan

  • Gaduh sampai mati [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 12:59 PM
    LIMA lelaki direman bagi membantu siasatan kes lelaki maut dalam pergaduhan. FOTO Muhaizan Yahya