Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my


“NETIZEN tak tahu macam mana perasaan kami apabila kehilangan orang tersayang. Kritikan mereka ‘out of control’,” kata Siti Khairani Mohd Kamarudin, 36, adik kepada Ketua Jururawat Hospital Serdang, Allahyarham Siti Kharina, 40 yang ditemui dibunuh di sebuah rumah di Cyberjaya, Rabu lalu.

Siti Khairani berkata, polis setakat ini tidak memaklumkan kepada keluarganya bahawa arwah mengenali suspek utama pembunuhan iaitu lelaki warga Afrika berusia 30-an.

“Polis hanya memberitahu suspek utama itu sudah dicekup Jumaat lalu. Kami tidak mampu mengekang kritikan (netizen) dan semoga tuduhan dilemparkan mengalirkan pahala buat arwah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, keluarganya tidak mampu mengawal media sosial dan terpulang kepada netizen sekiranya mahu mengutuk arwah kakaknya.

“Kakak saya sudah pergi menghadap Ilahi dan jangan membuat tuduhan melulu. Tolong fahami isi hati dan perasaan keluarga yang kehilangan insan tersayang.

“Orang ramai boleh bercakap apa saja kerana kejadian itu tidak berlaku terhadap keluarga mereka,” katanya.

Khamis lalu media melaporkan Siti Kharina yang hilang pada 8 Mei lalu ditemui dibunuh di sebuah rumah di Cyberjaya, jam 2.30 petang.

Mayat wanita itu ditemui pemilik kediaman yang datang kerana penyewanya gagal dihubungi lebih seminggu lalu.

Siasatan polis mendapati mangsa dikelar di leher dan dada.

Susulan itu, polis menahan lelaki dan wanita warga Afrika serta seorang lelaki Pakistan berusia 30 hingga 38 tahun di Cheras Sentral, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Berita berkaitan

Siti Kharina kenal suspek

Rungkai motif pembunuhan Siti Kharina

Suspek utama kes bunuh Siti Kharina direman

Tragedi jururawat [METROTV]

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumi

Usah buat spekulasi pembunuhan jururawat

'Kami mahukan keadilan buat Siti Kharina'

Suspek kes bunuh jururawat ditahan

'Lelaki Nigeria diburu kes bunuh Siti Kharina [METROTV]'

'Siti Kharina dibunuh?'

'Henti sebar maklumat palsu kakak saya'

Masih tiada khabar dari Siti Kharina

'Bantu kami kesan kakak'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 2:49 PM