GAMBAR hiasan.
BERNAMA

SEORANG lelaki berumur 50-an dikhuatiri hilang ketika mencari siput di muara sungai berhampiran Jambatan Kampung Tebuk, Kampung Baru Sitiawan, Lumut, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Abdul Rahman Mat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada 4.43 petang.

“Operasi menyelamat dijalankan, dan lokasi pencarian diluaskan sejauh setengah kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, maklumat awal mendapati mangsa pergi ke kawasan tersebut bersama seorang lagi rakannya kira-kira 10 pagi, sebelum rakan mangsa yang sedang menjala, menyedari rakannya itu hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 9:23 PM