SM Mohamed Idris
Zuhainy Zulkiffli
am@metro.com.my


PRESIDEN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris meninggal dunia akibat sakit tua, hari ini.

Naib Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader yang juga adik arwah berkata, sebelum ini, Mohamed Idris dimasukkan ke hospital berikutan sukar bernafas.

“Arwah menghembuskan nafas pada 5 petang hari ini di Pusat Perubatan Gleneagles.

“Jenazah akan dibawa ke rumahnya di No 2, Rose Avenue dan dijangka dikebumikan kira-kira 10 pagi esok,” katanya ketika dihubungi.

Mohammed Idris meninggalkan empat anak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 6:59 PM