Mangsa maut merempuh kontena selepas terlanggar anjing. Gambar ihsan PDRM.
Khalid Latip
cnews@nstp.com.my


Seorang lelaki maut sejurus motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh kontena besi di bahu jalan selepas terlanggar seekor anjing.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi tdi, mangsa, Stanley Machaw, 26, mati serta merta di lokasi kejadian berhampiran Kampung Badong, Daro, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Neil Beginda berkata, mangsa tidak sempat memberhentikan motosikalnya dan melanggar seekor anjing yang sedang melintas jalan.

“Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa terbabas dan merempuh kontena besi yang terletak di tepi jalan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah rumah panjang Bagat, Nangar Kecil Daro menuju ke Kampung Badong,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daro dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, anjing itu turut mati dalam kemalangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 4:39 PM