RAMPASAN dilakukan polis. FOTO Ihsan Polis.
Khalid Latip
cnews@nstp.com.my


TUJUH lelaki disyaki penagih dadah ditahan dalam serbuan di dua rumah di Kampung Masjid Daro, Mukah , semalam.

Kesemua suspek ditahan dalam operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis bermula pada 7.30 hingga 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Neil Beginda berkata, suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, enam daripada mereka didapati positif dadah dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952, manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi ini adalah RM650 dan semua suspek ditahan di Balai Polis Sarikei,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan operasi itu adalah hasil intipan dan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 2:14 PM