Azmi ketika melakukan pemeriksaan dalam operasi di sebuah pusat urut di Bandar Puteri Puchong, Serdang, awal pagi tadi. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin.
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

KEGIATAN pelacuran yang berselindung di sebalik pusat urut di Bandar Puteri Puchong, Serdang, ditumpaskan dengan penahanan 21 pelacur warga asing, awal pagi tadi.

Dalam operasi bermula kira-kira 1 pagi itu, tangkapan membabitkan wanita warga Vietnam, Indonesia dan Thailand berusia 20-an hingga 30-an.

Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, operasi dilakukan hasil maklumat dan risikan dilakukan selama tiga hari di premis berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati pusat urut itu beroperasi di tingkat satu dan dua. Tingkat satu dijadikan sebagai kaunter untuk pelanggan berurusan sebelum mereka dibawa ke tingkat dua yang menempatkan bilik digunakan untuk melakukan seks.

“Selain 21 pelacur warga asing itu, kami turut menahan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai penjaga premis untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, awal pagi tadi.

Azmi berkata, pihaknya turut merampas 120 kondom, tisu serta gel pelincir.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Keterangan gambar:

1. Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Azmi Syukor (topi putih) melakukan pemeriksaan dalam operasi di sebuah pusat urut di Bandar Puteri Puchong, Serdang, awal pagi tadi.

2. ANTARA pelacur warga asing yabg ditahan dalam operasi itu.

From: No’Rule

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 11:24 AM