Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


LIMA belas wanita warganegara asing disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran ditahan di premis berselindung di sebalik pusat refleksologi, dalam Op Noda/Cantas/Tapis di Jalan HJ Yaakub, Kampung Air, Kota Kinabalu.

Serbuan bermula 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu, pihak berkuasa mendapati empat wanita berkenaan dalam keadaan separuh bogel dan sedang melayan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat diterima pihaknya.

“Wanita ditahan membabitkan 12 wanita warganegara China dan tiga lagi berasal dari Filipina, mereka ini ditahan dalam bilik berasingan.


ANTARA wanita warganegara asing ditahan.FOTO Junaidi Ladjana.

“Hasil pemeriksaan di setiap bilik di tingkat satu dan dua mendapati ada empat wanita berpakaian separuh bogel. Tiga lagi berpakaian lengkap berada di dalam bilik bersama empat lelaki disyaki pelanggan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, premis itu menawarkan urutan badan, seks oral dan seks dengan dikenakan bayaran antara RM75, RM159 serta RM250 bergantung kepada perkhidmatan dimahukan.

Pihaknya turut merampas dua keping kondom dan dua telefon bimbit daripada suspek dalam serbuan dilakukan.

Menurutnya, individu ditahan termasuk pelanggan berusia 27 hingga 42 tahun dan barangan rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 1:16 PM