FOTO Hiasan.
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


PIHAK berkuasa memotong bekalan elektrik ke enam premis dikesan menawarkan aktiviti perjudian atas talian dalam operasi dijalankan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi pemotongan pada 1.30 petang tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, tindakan itu diambil berikutan sindiket masih berdegil dan menjalankan aktiviti itu di daerah ini.

“Sebelum ini premis berkenaan sudah diserbu dan ada tangkapan dilakukan, tapi sindiket kembali beroperasi.

“Bertindak atas maklumat awam dan risikan, aktiviti itu berjaya dihidu dan tindakan memotong bekalan elektrik dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri, Iskandar Puteri, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemantauan dilakukan pihaknya percaya operasi itu cuba dihidupkan kembali sejak seminggu lalu.

“Kami akan menjalankan operasi secara berterusan termasuk memutuskan bekalan elektrik dan air ke premis mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 2:59 PM