Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my


DUA daripada tiga pelajar tahfiz di Repah, Tampin yang hilang minggu lalu berjaya ditemui di Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Mahadhir Mat Lazim, 43, berkata dia menemui sendiri anaknya Umair Fayed, 13, bersama seorang lagi pelajar di sebuah pusat komputer di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Jinjang, jam 1 pagi.

Katanya, anak keempat daripada enam beradik itu kemudian dibawa pulang ke Taman Tasik Kesuma, Selangor dan laporan polis mengenai penemuan itu sudah dibuat.

“Saya bersyukur dengan penemuan ini dan berharap kejadian seperti ini tidak lagi berulang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Portal Harian Metro pada 28 April lalu melaporkan tiga pelajar Tahfiz Al-Quran Darussyira, Tampin hilang dari pusat pengajian sejak 24 April lalu.

Kehilangan pelajar itu disedari jam 2 pagi apabila mereka tidak hadir solat berjemaah.

Mereka difahamkan takut didenda kerana menggunakan telefon bimbit di asrama pengajian dan mahu mencari kerja di Kuala Lumpur.

Berita berkaitan

Mereka ada di Putrajaya?

Lari dari madrasah takut didenda

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 9:53 AM