MUHYIDDIN. FOTO Arkib NSTP
Hairulazim Mahmud dan Anis Hazim Sharuddin
am@hmetro.com.my


PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berminat meneruskan polemik yang mengaitkan beliau sebagai Perdana Menteri pilihan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu).

Sebaliknya, beliau mahu cakap-cakap mengenainya dihentikan kerana peristiwa itu sudah pun berlalu.

“Saya tak perlu komen lebih-lebih, esok ada debat macam-macam, benda dah berlaku cukup-cukuplah,” katanya kepada media selepas hadir media selepas hadir Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan sempena Tan Sri Muhyiddin Charity Golf di Seri Kembangan, hari ini.

Semalam, Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri itu menolak tawaran sebagai Perdana Menteri pasca PRU-14.

Beliau berkata, seseorang yang berpengaruh membuat tawaran berkenaan kepada Muhyiddin sebelum beliau menolaknya.

Marzuki menegaskan, Muhyiddin adalah pemimpin BERSATU yang pertama menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Muhyiddin tidak mahu polemik mengenai perkara itu diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 8:56 PM