GAMBAR hiasan
BERNAMA

WANITA warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, Tamil Nadu di India, hari ini, selepas didapati tidak mengisytihar wang tunai dolar Amerika Syarikat 67,600 (RM279,594).

Wanita berkenaan ditahan ketika pemeriksaan kastam negara itu sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, K Saravanan berkata, pihaknya dimaklumkan kastam negara itu mengenai penangkapan terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Wanita berkenaan belum menghubungi konsulat tetapi kami cuba untuk menghubunginya,” katanya kepada Bernama.

Rakyat Malaysia yang ditahan itu ialah Rayavarapu Sridevi, berusia 54 tahun.

Rayavarapu ditahan mengikut Akta Kastam dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 10:44 PM