LAPORAN portal Harian Metro mengenai kehilangan pemilik sekolah KAFA di Kajang.
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


PEMILIK sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Saujana Impian, Kajang, ditemui di Hospital Serdang, malam tadi.

Nor Fariza Mazlan, 26, disedari hilang oleh adiknya, Nor Dhia Mazlan, 21, selepas keluar dari rumahnya untuk mengajar Al-Quran kira-kira 8 malam dengan menaiki kenderaan lain.

Nor Dhia berkata, ahli keluarganya dihubungi orang awam yang memaklumkan kakaknya itu menerima rawatan di Hospital Serdang.

“Kami terima maklumat orang awam memaklumkan kakak di hospital itu kira-kira 9 malam tadi.

“Hasil maklumat itu, kami pergi ke hospital terbabit dan menemui kakak sedang menerima rawatan akibat masalah kemurungan dihadapinya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, kakaknya kini berada di rumah selepas dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

“Kami sudah memaklumkan mengenai perkara itu (jumpa Nor Fariza) kepada pihak polis.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari kakak sebelum ini,” katanya.

Berita berkaitan

Pemilik sekolah KAFA hilang

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 12:17 AM