PUTRAJAYA 03 MAC 2019. (FOR NST) Temuramah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Idris Musa
idris@hmetro.com.my


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua pihak kepentingan menghormati dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian akan menafikan kedaulatan undang-undang.

Menyingkap sejarah kemerdekaan pada 1957 dan sebagai persediaan untuk itu, beliau berkata, Suruhanjaya Reid ditugaskan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan.

“Dipersetujui bahawa Malaya akan menjadi demokrasi yang mana rakyat akan memilih kerajaan. Raja akan menjadi ketua perlembagaan tanpa kuasa eksekutif.

“Kedudukan mereka akan dijamin oleh Perlembagaan yang akan menjadi undang-undang tertinggi negara.

“Parti yang memenangi pilihan raya akan menamakan Perdana Menteri (atau Ketua Menteri - Menteri Besar) dan ketua perlembagaan akan mengesahkan,” katanya menerusi catatan di blog beliau, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mahathir mendakwa, perlembagaan Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelumnya terbatal oleh perlembagaan baru yang diterima semua negeri di Malaysia.

“Oleh itu pada 9 Mei 2018, rakyat Malaysia keluar mengundi untuk memilih kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan negeri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 10:17 PM