PEKERJA pasar Raya maut digilis lori tangki di Kilometer 5 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat. FOTO Ihsan Pembaca
Siti Rohana Idris
cnews@nstp.com.my

Emel

PEKERJA pasar Raya maut digilis lori tangki di Kilometer 5 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat, tengah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, mangsa, Mohd Faizal Nordin, 33, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa dalam perjalanan dari Wakaf Bharu ke Kota Bharu menunggang motosikal jenis Yamaha Ego.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa dipercayai cuba memotong lori tangki berkenaan, namun motosikalnya bergesel dengan kenderaan berat terbabit.

“Motosikal mangsa kemudian hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan dan pada masa sama tayar belakang lori tangki menggilis mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mangsa yang beralamat di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Ab Rashid berkata, punca kematian disebabkan parah di kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 9:49 PM