Perkhidmatan MRT tergendala berikutan berlaku pencerobohan laluan trek di Stesen Taman Coonnought dan Bandar Tun Hussein Onn. FOTO NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


PERKHIDMATAN Transit Aliran Massa (MRT) tergendala berikutan berlaku pencerobohan laluan trek antara Stesen Taman Coonnaught dan Bandar Tun Hussein Onn, kira-kira 6 petang hari ini.

Menerusi akaun Twitter rasmi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), memaklumkan pihaknya terpaksa menghentikan sementara perkhidmatan MRT di stesen berkenaan bagi pemeriksaan laluan trek selamat untuk beroperasi.

Pihak MRT Corp turut menyediakan bas henti-henti kepada pengguna dari Stesen Bukit Dukung ke Batu Sebelas di kedua-dua arah.

Perkhidmatan MRT di stesen-stesen berkenaan beroperasi semula kira-kira 8 malam tadi selepas laluan trek didapati selamat untuk beroperasi.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak terbabit berhubung kejadian pencerobohan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 9:10 PM