Kuala Lumpur: Jenama gergasi teknologi terkemuka antarabangsa, HUAWEI, melancarkan pertandingan fotografi tahunan bertemakan ‘HUAWEI Rewrites the Rules of Photography’ yang menawarkan hadiah utama, peranti terbaru HUAWEI P30 Pro.

Bagaimana caranya? Apa yang perlu dilakukan ialah mengambil gambar menggunakan apa sahaja jenis telefon pintar HUAWEI dan berpeluang memenangi HUAWEI P30 Pro, HUAWEI nova 4, HUAWEI Watch GT (Edisi 46mm) serta banyak lagi.

Tambah mengujakan, setiap penyertaan juga layak menyertai NEXT Image Awards untuk mendapatkan peluang lebih hebat iaitu memenangi wang tunai berjumlah RM82,960 (AS$20,000) berserta hadiah sampingan lain.

Anugerah itu bertujuan meneroka pelbagai kemungkinan berkaitan ekspresi visual dan budaya untuk generasi akan datang melalui lensa telefon pintar HUAWEI. Gambar sama layak untuk menyertai bagi setiap kategori dan setiap penyertaan boleh menghantar 30 gambar bagi satu akaun.

Terdapat enam kategori yang dipertandingkan iaitu:

1) Wajah: Bereksperimen dengan identiti dan kuasa potret.

2) Melangkaui jarak: Temui tempat baru dan alami pengalaman menggunakan ciri-ciri terkini dimiliki kamera telefon pintar seperti 'tele-lens, super wide angle atau macro-shooting'.

3) Hello, Kehidupan!: Berkongsi emosi atau inspirasi dalam kehidupan seharian anda.

4) Papan Cerita (Storyboard): Menyampaikan penceritaan dalam 9 frames - grid foto yang membentuk naratif bermakna atau menarik

5) #Tag Emosi: Mengekspresikan emosi segera melalui fotografi

6) Kehidupan Kini: Cerita penggambaran kurang dari 30 saat.

Justeru, untuk membantu anda mendapatkan gambar yang lebih menarik dan hebat, beberapa langkah boleh diikuti.



Misalnya, bagi fotografi dengan cahaya yang rendah, HUAWEI P30 Pro dilengkapi sistem kamera baru Leica Quad, termasuk kamera utama 40 megapixel (MP), sensor ultra sensitif, ISP, enjin imej AI yang sensitif dan kepekaan maksimum ISO sehingga 409,600 untuk gambar lebih jelas serta tajam di bawah cahaya yang kurang.

Bagi teknologi pembesaran imej gambar pula, ia bukan masalah besar memandangkan menerusi rekaan baru periscope, siri HUAWEI P30 menyokong lebih daripada lima kali ganda zum optikal, 10 kali ganda zum hybrid dan lebih daripada 50 kali ganda zum.







Pada masa sama, dengan teknologi keseimbangan imej optikal (OIS) anda akan mendapat pengalaman zum profesional tanpa sebarang peralatan tambahan. Hanya pilih zum (‘1X’, ‘10X, ‘50X’ dan lain-lain) untuk mendapatkan gambar terbaik daripada pelbagai sudut.



Selain itu, ambil gambar dalam satu ‘tangkapan’ sahaja menerusi Ultra-Wide Angle Lens berkapasiti 20MP 16mm. Dengan melakukan ini, anda boleh mengambil gambar sehingga 2.5 sentimeter (cm) jauh daripada subjek untuk fotografi makro.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh laraskan zum kepada 0.6 kali untuk berubah kepada mode lebih luas. Apabila jarak antara kamera dan objek ialah 2.5 sentimeter, kamera secara automatik akan terus kepada mode super makro.



HUAWEI P30 Pro juga mempunyai kamera Time of Flight (ToF) dan paling bagus untuk digunakan ketika mode potret kerana ia menghasilkan ‘bokeh’ terbaik tanpa keperluan seperti lensa DSLR serta gambar yang diinginkan juga lebih tepat.



Tidak cukup dengan itu, ia juga boleh mengenalpasti elemen di dalam bingkai seperti wajah, bangunan dan sebagainya untuk meminimumkan cahaya dan mencerahkan bayang-bayang untuk nampak lebih realistik serta semula jadi dengan memilih mode ‘HDR’ sebelum gambar diambil.

Justeru, cepat dapatkan telefon pintar HUAWEI anda dan ambil gambar untuk memenangi hadiah menarik dengan hanya mengikuti langkah diberikan.

Pastikan juga, setiap gambar yang diambil mempunyai ‘watermark’ HUAWEI yang boleh didapati pada bahagian tetapan (setting) telefon pintar anda. Setiap penyertaan boleh menghantar 30 gambar untuk satu akaun.

Sertakan sekali keterangan bagi setiap gambar yang diambil dan memuat naik di sosial media anda dengan tanda pagar (hashtag) terpilih.

Maklumat lanjut di https://www.hmetro.com.my/juaragambarHUAWEI .

Selain itu, untuk maklumat lanjut NEXT Image Awards, anda boleh layari https://consumer.HUAWEI.com/my/ atau Facebook rasmi HUAWEI di www.facebook.com/HUAWEIMobileMY .

Semua penyertaan akan mendapat baucer RM50 daripada HUAWEI Online Store Shop.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 7:53 PM