MANGSA maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lori di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Muhamaad Razis Ismail
razis@nstp.com.my


LELAKI lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh lori di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, 2.40 petang hari ini.

Mangsa, Mohd Faizool Hanafi, 35, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian, pemandu lori berusia 48 tahun sedang memandu kenderaannya dari arah Pasir Mas ke Kota Bharu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Ego keluar dari simpang di sebelah kiri sebelum melanggar pintu kiri lori itu.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat penunggang motosikal keluar simpang tanpa memastikan kenderaan datang dari laluan utama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Katanya, sSiasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 8:57 PM