FOTO hiasan
Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my


MAYAT seorang lelaki warganegara Nepal ditemui tergantung di sebuah rumah di Taman Perindustrian Perdana, Bukit Palong Chuah, Port Dickson, semalam.

Mangsa berusia 34 tahun ditemui rakan serumahnya yang melakukan pemeriksaan berikutan berasa curiga kerana tidak melihat lelaki itu keluar pada 2.18 pagi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu.

“Pemeriksaan pada badan mangsa dan sekitar lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Selepas pemeriksaan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata, setakat ini kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 April 2019 @ 3:49 PM