Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan 19 pegawai kanannya hari ini, berkuat kuasa 7 Mei ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad berkata, antara yang ditukar jawatan dan dinaikkan pangkat adalah Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Asisten Komisioner Yahaya Othman yang dinaikkan pangkat dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Penolong Pengarah Perjawatan (Pegawai diwartakan) Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Aminuddin Dahlan ditukarkan ke Bahagian Perkhidmatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Terengganu Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kuala Lumpur.

“Timbalan Ketua Staff Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Jabatan Perdana Menteri ditukarkan ke Timbalan Ketua Pasukan Khas ESSCOM Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, Superintendan D3 Risikan, Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Mohd Zaki Ashar ditukarkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kedah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Katanya, juruiring kepada Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Superintendan Zaidi Ali Ibrahim dinaikkan pangkat dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Pegawai Turus Pengurusan dan Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pahang Superintendan Razmi Mohd Gunnos ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Superintendan Abdul Rahman Kassim ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas dan Teknikal ESSCOM Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Kuala Lumpur Superintendan Mohd Amar Mohajin ditukarkan ke Penolong Pengarah (Risikan dan Operasi) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Penolong Pengarah Urusetia, Cawangan Urusetia Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Superintendan Mohd Zaini Abu Hassan ditukarkan sebagai Penolong Pengarah Perjawatan (Pegawai Diwartakan) Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun, Terengganu Superintendan Mohd Zani Mat Yusof ditukar sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. “Pengarah Keselamatan Gred KP48 Universiti Malaya Superintendan Fauzilan Abdul Aziz ditukarkan ke Timbalan Ketua Staff III Pusat Operasi ESSCOM, Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Ketua Polis Daerah Beluran, Sabah Superintendan R Shivananthan ditukarkan ke Timbalan Ketua Staff Operasi Darat ESSCOM, Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2019 @ 10:30 PM