TANGKI air di FELDA Palong 12, Jempol sudah dibersihkan dan bekalan pulih mulai hari ini. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap.
BERNAMA

BEKALAN air di Palong 12 hingga 16, Jempol, pulih sepenuhnya bermula hari ini, selepas kerja pembersihan tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di FELDA Palong 12, selesai dilaksanakan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, bekalan air di kawasan itu mula ditutup pada Ahad sehingga Selasa lalu bagi proses mengeluarkan air dan mencuci tangki berkenaan.

“Hasil siasatan SAINS di kawasan gangguan mendapati, semua pengguna telah mendapat bekalan air sepenuhnya, tiada lagi berlaku sebarang gangguan bekalan air di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, media melaporkan mayat seorang lelaki berusia 22 tahun ditemui terapung dalam tangki berkenaan.

Mayat itu dipercayai seorang lelaki beralamat di Desa Keratong yang dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya pada 10 Julai tahun lalu.

Dia ditemui pekerja SAINS yang melawat kolam tersebut untuk melihat dan menyukat air dalam kolam agihan berkenaan.

Berita berkaitan

Mayat lelaki dalam tangki air

[UPDATE] Polis jumpa tengkorak, cebisan daging

Penduduk enggan minum 'air mayat'

[UPDATE] Biar polis buat kerja

'Jika betul dia, semoga rohnya tenteram'

Harus jika terminum 'air mayat' - Mufti

Polis jumpa motosikal Muhammad Aiman

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 6:28 PM