ANGGOTA bomba dalam operasi menyelamat seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjun dari atas jambatan Sungai Kerian. FOTO Ihsan Pembaca
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
cnews@nstp.com.my


LELAKI dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Kerian di Parit Buntar, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.35 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba anggota mendapati lelaki berusia 52 tahun dipercayai terjun ke dalam sungai itu.

Menurutnya, anggota kemudiannya menjalankan operasi mencari dan menyelamat dan sehingga 8 pagi masih belum menemui sebarang petunjuk lokasi mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan bagi mengenalpasti lokasi mangsa dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

“Kerja-kerja mencari mangsa masih diteruskan dan kawasan pencarian kini diperluaskan,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 8:36 AM