MOHD Haziq Mohd Tarmizi (kiri) yang masih hilang.
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


“KAMI belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq yang dilaporkan hilang dan belum ditemui sehingga kini,” kata Zarina Shuib, 53.

Sehingga kini, nasib Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, belum diketahui selepas melarikan diri ketika kejadian serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand kelmarin.

“Saya ada bertanya mengenai hal itu kepada isteri Mohd Tarmizi namun dia juga belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq.

“Cuma saya harap semuanya selamat dan Mohd Haziq ditemui semula,” katanya ketika dihubungi.

Portal Harian Metro semalam melaporkan satu rakyat Malaysia masih hilang dan usaha untuk mencarinya sedang berjalan.

Tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang, Mohd Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan serta Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah.

Dua lagi rakyat Malaysia yang juga dua anak kepada Mohd Tarmizi, iaitu Mohd Haziq, 17, masih belum ditemui selepas melarikan diri ketika kejadian, manakala Mohd Haris, 12, dirawat di hospital kanak-kanak

  • Lagi berita berkaitan Pembunuhan Christchurch
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 2:52 PM